Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 3:34 PM UTC, Jun 24, 2018

SC Arah CopyCash Foundation Hentikan Semua Aktiviti

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengarahkan CopyCash Foundation menghentikan semua aktivitinya serta merta termasuk rancangan untuk melancarkan Tawaran Syiling Permulaan (ICO).

Arahan ini merangkumi semua aktiviti yang dinyatakan atau berhubung kait dengan kertas cadangan berkaitan ICO termasuk mana-mana jerayawara, seminar atau acara promosi yang berkaitan dengan skim itu.

Arahan tersebut dikeluarkan selepas hasil siasatan SC mendapati terdapat kemungkinan munasabah penzahiran di dalam kertas cadangan CopyCash Foundation dan wakilnya kepada bakal pelabur bercanggah dengan keperluan berkaitan di bawah undang-undang sekuriti.

Pelabur dinasihatkan agar berhati-hati dengan risiko penipuan dan melakukan kajian sewajarnya sebelum terlibat dalam skim ICO.

 

Sumber : BERITA RTM