Friday, January 19, 2018
vital-top
updated 9:04 AM UTC, Jan 19, 2018

Bank Dunia Ramal Pertumbuhan Global Kukuh 3.1 Peratus Tahun Ini

  • Published in Ekonomi

WASHINGTON - Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi global berikutan pemulihan yang mengukuh.

Edisi terbaharu Laporan Prospek Ekonomi Global Bank Dunia mengunjurkan, ekonomi global bagi tahun 2017 berkembang 3 peratus, diikuti 3.1 peratus pada 2018 dan 3 peratus pada 2019.

Amerika Syarikat, Jepun dan negara-negara Kesatuan Eropah dijangka mencatat pertumbuhan 2.3 peratus pada 2017 dan 2.2 peratus tahun ini.

Pertumbuhan seterusnya ialah 1.9 peratus pada tahun depan dan 1.7-peratus pada 2020.

((AFP))