Monday, March 18, 2019
vital-top
updated 2:06 PM UTC, Mar 18, 2019

AS Catat Kerugian Paling Tinggi Tahun Lepas Ekoran Bencana Alam

  • Published in Berita Dunia

WASHINGTON - Jumlah kerugian akibat bencana alam di Amerika Syarikat tahun lepas adalah sebanyak USD$306 bilion paling tinggi dalam sejarah negara itu.

Kerugian dicatatkan akibat kebakaran hutan, cuaca sejuk, banjir dan taufan.

Demikian menurut laporan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA).

Sepanjang tahun lepas juga, sekurang-kurangnya 362 kematian direkodkan akibat bencana alam.

Angka itu berkemungkinan lebih tinggi, selepas wilayah Amerika di Carribean, Puerto Rico selesai membuat penilaian berhubung kesan kemusnahan Taufan Maria.


((AFP))