Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 3:34 PM UTC, Jun 24, 2018

Sime Darby Bina Rumah Mampu Milik

  • Published in Ekonomi

SHAH ALAM-Sime Darby Property Berhad akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan perumahan mampu milik tahun ini.

Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Wan Hashimi Albakri Wan Ahmad Amin Jaffri berkata, ia sebagai salah satu komitmen syarikat dalam memenuhi permintaan pelanggan yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Ketika ini 2 projek perumahan mampu milik di Bandar Bukit Raja dan Putra Heights sedang dibina di bawah skim Rumah Selangorku.

Selain 2 projek tersebut, pembinaan rumah mampu milik Harmoni 1 di City of Elmina, Shah Alam juga akan dilancarkan pertengahan tahun ini.

Ia melibatkan 3 blok kediaman dengan 562 unit berkeluasan 9 ratus dan seribu kaki persegi bernilai 270 ribu ringgit.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran persimpangan bertingkat Elmina, di City of Elmina, Shah Alam

Sumber: Berita RTM