Friday, January 19, 2018
vital-top
updated 9:04 AM UTC, Jan 19, 2018

Binasat Communications Berhad Mendagangkan 60 Sen Seunit

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi, Binasat Communications Berhad optimis dapat mengekalkan momentum pertumbuhan yang baik tahun ini berdasarkan prestasi syarikat pada tahun 2017.

Ketua Pegawai Operasinya, Zulamran Hamat berkata fokus akan diberikan kepada sektor satelit, gentian optik dan rangkaian telekomunikasi selain mengembangkan perniagaan bagi segmen luar negara.

Binasat menyasar untuk menembusi pasaran Vietnam, Myanmar, Laos dan Hong Kong tahun ini.

Beliau yakin pasaran baharu itu akan membantu kumpulan mencatat pertumbuhan memberangsangkan dan menyumbang kepada perolehan kumpulan.

Zulamran bercakap kepada media pada majlis penyenaraian BINASAT di pasaran ace bursa malaysia pagi tadi.

Syarikat itu mencatat premium 14 sen apabila dibuka pada 60 sen, berbanding harga tawaran awam permulaannya (IPO), 46 sen.

 

Sumber : BERITA TV