Logo

Kementerian Pertanian Fokus Penghasilan Anak Benih Kelapa

CHUKAI - Datuk Seri Ahmad Shabery memaklumkan, kementeriannya kini memberi tumpuan menghasilkan anak benih kelapa.

Ini untuk memenuhi keperluan negara terhadap komoditi itu yang meningkat setiap tahun. 

Jelasnya, penghasilan anak benih itu akan dilaksanakan membabitkan kerjasama pelbagai agensi terutama Felda dan Felcra.

Ia menerusi peruntukan Bajet 2018 sebanyak RM6.5 bilion sebagai inisiatif sumber kekayaan baharu industri pertanian negara.

Katanya Malaysia memerlukan kira-kira 700 juta biji kelapa setiap tahun. 

Pada masa ini, negara mengimport kira-kira 100 juta biji kelapa bagi kegunaan harian dan juga pihak industri.

 

Sumber : BERNAMA

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.