Monday, September 24, 2018
vital-top
updated 2:19 AM UTC, Sep 24, 2018

TalentCorp Akan Terus Tingkatkan Kemahiran Rakyat Malaysia

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Talent Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp) akan meneruskan usaha untuk meningkatkan kemahiran rakyat Malaysia dan membantu mereka menjadi lebih tangkas seiring dengan perubahan landskap kerja.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Shareen Shariza Abdul Ghani berkata, adalah penting untuk mengambil kira yang lebih daripada separuh pekerjaan di Malaysia ketika ini mempunyai risiko untuk diautomasikan.

Dengan adanya pelan Transformasi Nasional 2050 dan matlamat kita untuk Malaysia menjadi antara 20 negara teratas di dunia, kita perlu mempunyai modal insan yang berkemahiran tinggi.

Adalah juga penting untuk melihat fakta bahawa kita kehilangan separuh daripada tenaga kerja kita apabila wanita berhenti bekerja untuk sementara akibat komitmen keluarga dan ini memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara.

 

Sumber : BERNAMA