Friday, December 15, 2017
vital-top
updated 8:49 AM UTC, Dec 15, 2017

Gamuda Sasar Jualan Hartanah RM3.5 Bilion Tahun Hadapan

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Gamuda Bhd menyasarkan jualan hartanah kepada 3.5 bilion ringgit pada tahun hadapan berbanding 2.4 bilion ringgit pada tahun ini.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Lin Yun Ling berkata unit hartanah syarikat dijangka mencatatkan prestasi lebih baik pada tahun hadapan berikutan pelancaran beberapa projek perbandaran baharu.

Menurutnya segmen projek luar negara memberikan sumbangan baik kepada jualan hartanah kumpulan antaranya di Singapura, Hanoi, Ho Chi Minh dan Melbourne.

Beliau bercakap kepada media selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kumpulan itu di ibu negara.

Manakala bagi perkembangan pembinaan, kumpulan itu akan mengekalkan saiz kontrak tahunan antara 6 bilion ringgit dan 8 bilion ringgit tahun hadapan.

Bagaimanapun, kumpulan itu melihat tahun 2018 akan lebih mencabar dengan kos sub kontrak cenderung untuk meningkat disebabkan pertambahan projek pembinaan pada masa kini. 


(Sumber - Dalet Beritartm)