Friday, December 15, 2017
vital-top
updated 8:49 AM UTC, Dec 15, 2017

Institusi Perbankan Lulus RM57 Bilion Pinjaman Perumahan Tahun Ini

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Pinjaman perumahan berjumlah 57-bilion Ringgit diluluskan institusi perbankan kepada lebih 142,000 pemohon untuk pembelian rumah pertama dari bulan Januari hingga September lalu.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Lee Chee Leong berkata, sejak 2010, kerajaan dan Bank Negara Malaysia memperkenalkan pelbagai skim serta langkah bagi memudahkan pemilikan rumah untuk peminjam yang layak.

Beliau bercakap dalam sesi soal jawab di Dewan Negara.

 

Sumber : BERNAMA