Friday, December 15, 2017
vital-top
updated 8:49 AM UTC, Dec 15, 2017

Perdagangan Malaysia Bagi Bulan Oktober 2017 Meningkat 19.8 Peratus

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Jumlah perdagangan Malaysia bagi oktober 2017 meningkat 19.8 peratus kepada 154.26 bilion ringgit berbanding bulan sama tahun lalu.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam satu kenyataan memaklumkan perdagangan Malaysia meningkat dengan ASEAN, China, Amerika Syarikat, Hong Kong, Jepun, Kesatuan Eropah serta Taiwan.

Eksport Malaysia turut mencatat peningkatan sebanyak 18.9 peratus menjadi 82.41 bilion ringgit, melepasi paras 80 bilion ringgit untuk kali ketiga tahun ini.

Manakala import naik 20.9 peratus kepada 71.85 bilion ringgit, menjadikan lebihan dagangan sebanyak 10.56 bilion ringgit, nilai tertinggi sejak april 2016.

Bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini, jumlah perdagangan negara meningkat 21.5 peratus menjadi 1.46 trilion ringgit.

Daripada jumlah itu, eksport mewakili 772.66 bilion ringgit, peningkatan 21.1 peratus.

(Sumber - Dalet Beritartm)