Friday, December 15, 2017
vital-top
updated 8:49 AM UTC, Dec 15, 2017

PROTON Kekalkan Pertumbuhan Kukuh Dengan Prestasi Jualan Cecah 66,190 Unit

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - PROTON Holdings Bhd terus mengekalkan pertumbuhan yang kukuh dengan prestasi jualannya mencecah 66 ribu 190 unit sehingga 30 November 2017.

Angka ini merupakan peningkatan 2 peratus berbanding 65,069 unit yang terjual pada tempoh sama tahun lalu.

PROTON dalam satu kenyataannya memaklumkan kereta Saga dan Persona kekal sebagai model terlaris dengan menyumbang 70 peratus daripada jumlah jualan pengeluar kereta nasional itu.

Pertumbuhan jualan ini didorong peningkatan tahap kualiti yang dilakukan di peringkat dalaman hasil kerjasama dengan rakan kongsinya Zhejiang Geely Holding Group.

(Sumber - Dalet Beritartm)