Friday, December 15, 2017
vital-top
updated 8:49 AM UTC, Dec 15, 2017

Sektor Awam Dan Swasta Perlu Ambil Peluang Daripada Potensi Data Besar

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Sektor awam dan swasta perlu mengambil peluang daripada potensi analisis data besar bagi menzahirkan petunjuk berasaskan data yang penting untuk membuat keputusan.    

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan, keupayaan untuk mengeksploit kuasa data adalah kunci dalam membuat keputusan-keputusan yang cemerlang dengan hasil yang bermanfaat.    

"Inisiatif Hasrat Strategik Analisis Data Besar Kebangsaan (BDA) telah digubal bagi merangkumi mekanisme tadbir urus, pelan komunikasi dan pembinaan kapasiti.  

"Golongan berstatistik perlu mengambil peluang ini untuk memanfaatkan sumber data dalam pentadbiran dan komersil, yang disokong oleh kaedah serta piawaian yang sesuai," katanya pada Persidangan Statistik Malaysia (MyStat) 2016.   

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri S.K. Devamany.   

Datuk Rahman berkata keadaan ekonomi, sosial dan budaya semasa telah berubah akibat revolusi internet, kemeruapan maklumat serta keperluan mendesak untuk maklumat yang cepat dan mudah.   

Perubahan-perubahan tersebut, melahirkan revolusi data yang telah memainkan peranan utama dalam peralihan data kompleks menjadi maklumat yang berguna dan bermakna.    

Sehubungan dengan itu, usaha yang berterusan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia bagi menghubungkan data dan statistik dalam bentuk yang mudah serta menarik perlu dihargai.