Friday, December 15, 2017
vital-top
updated 8:49 AM UTC, Dec 15, 2017

Undang-undang Persaingan Dalam Kalangan PKS Masih Rendah

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Kesedaran mengenai Undang-undang Persaingan dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan masih rendah. 

Malah menurut Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Datuk Dr Hafsah Hashim, masih ramai PKS yang tidak menyedari kewujudan undang-undang berkenaan.

Beliau berucap pada seminar ‘Membantu PKS Malaysia Memahami Akta Persaingan’ anjuran bersama SME Corp dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia.

Datuk Dr Hafsah berkata, menerusi pemahaman yang lebih baik terhadap Undang-undang Persaingan, PKS akan mempunyai budaya korporat yang lebih kukuh.

Di samping itu, tahap keyakinan PKS juga akan meningkat apabila berhadapan dengan isu Undang-undang Persaingan dalam rundingan perdagangan.