Friday, December 15, 2017
vital-top
updated 8:49 AM UTC, Dec 15, 2017

Malaysia Sasar RM530 Juta Nilai Eksport Komponen Kenderaan Terpakai

  • Published in Ekonomi

LUMPUR LUMPUR - Malaysia menyasarkan nilai eksport bagi komponen kenderaan terpakai berjumlah RM530 juta tahun ini. 

Sehingga Jun 2016, nilai eksport bagi komponen tersebut telah mencecah RM282 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Datuk Madani Sahari berkata, komponen keluaran Malaysia mendapat penerimaan yang baik di peringkat global kerana ia mencapai standard antarabangsa. 

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena pelancaran Standard Industri 4R2S dan laporan MAI 2015 yang disempurnakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Standard baharu itu yang merupakan piawaian pertama seumpamanya di dunia mengaplikasi sistem 4R, iaitu mengguna semula, membaiki, mengitar semula dan memperbaiki komponen terpakai, khususnya dalam nilai rantaian bekalan komponen. Manakala 2S meliputi perkhidmatan penyelenggeraan dan alat ganti baharu.