Friday, December 15, 2017
vital-top
updated 8:49 AM UTC, Dec 15, 2017

Jika TPPA Gagal, Malaysia Manfaatkan FTA, RCEP Untuk Perluas Perdagangan

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Malaysia akan meneroka alternatif lain bagi memperkukuh aktiviti perdagangan jika perjanjian Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) tidak menjadi kenyataan.

Ia termasuk mengadakan rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dua hala dengan ahli-ahli TPPA yang tidak mempunyai FTA dengan Malaysia.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai negara dagang yang terbuka dengan pasaran domestik terhad, Malaysia akan meneruskan usaha mencari akses pasaran yang lebih besar.

Negara juga akan terus terlibat dengan perjanjian perdagangan dua hala serta pelbagai hala dengan negara-negara lain.

Fokus kini diberikan kepada Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP)   yang melibatkan 10 negara-negara Asean dan enam rakan dagangan utama di rantau Asia Pasifik termasuk China.

Kedudukan ekonomi antarabangsa yang tidak menentu ketika ini telah mendorong negara-negara RCEP yang merupakan antara ekonomi paling pesat berkembang di dunia untuk terus bekerja sama rapat bagi memuktamadkan perjanjian perdagangan ini.