Friday, December 15, 2017
vital-top
updated 8:49 AM UTC, Dec 15, 2017

Mitsui Outlet Park Fasa 2 Siap Menjelang Januari 2018

  • Published in Ekonomi

SEPANG - Mitsui Outlet Park KLIA Sepang Fasa 2 yang bakal menempatkan 60 premis tambahan dijangka menarik 6 juta pengunjung apabila siap pada Januari 2018.

Dengan nilai pembangunan kasar GDV berjumlah RM60 juta, ia dibangunkan bersebelahan Mitsui Outlet Park KLIA Sepang Fasa 1 yang sedang beroperasi.

Mitsui Outlet Park KLIA, diuruskan MFMA Development Sdn Bhd yang merupakan syarikat usaha sama di antara Mitsui Fudosan dan Malaysia Airports Holdings Berhad MAHB.

Tahun lalu pusat membeli belah itu mencatatkan kehadiran 4 juta pengunjung.

Dengan siapnya projek fasa kedua ini akan menjadikan jumlah keseluruhan premis perniagaan di pusat membeli belah itu berjumlah 188 unit merangkumi pelbagai jenama.