Friday, December 15, 2017
vital-top
updated 8:49 AM UTC, Dec 15, 2017

CRDF RM2.5 Juta Disalurkan Keapda 8 Syarikat

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) Sdn Bhd, menyalurkan Dana Pengkomersialan Penyelidikan dan Pembangunan (CRDF) bernilai RM2.5 juta kepada 8 syarikat penyedia teknologi tempatan.

Ia merupakan sebahagian daripada Dana CRDF bernilai RM400 juta yang disediakan kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MTDC, Datuk Norhalim Yunus, dana berjumlah RM2.5 juta akan menjayakan 8 projek usahasama di bawah Program Inovasi Sosial MOSTI.

Projek usahasama melibatkan produk penyelidikan dan pembangunan oleh universiti tempatan, untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

Beliau bercakap kepada media selepas majlis menandatangani perjanjian usahasama di antara MTDC dan syarikat pembekal teknologi.

8 syarikat penyedia teknologi tersebut adalah RVR diagnostics Sdn Bhd, RVR Diagnostics Sdn Bhd, Membrane Technology Sdn Bhd, Norsym Sdn Bhd, Phytogold Sdn Bhd, Novapave Sdn Bhd, Triple A Engineering Sdn Bhd, LaDIY Healthcare Sdn Bhd dan Cell Tissue Technology Sdn Bhd.