Saturday, 4 December 2021

updated 8:53 AM UTC, Dec 4, 2021

5,726 jangkitan baharu COVID-19 hari ini

  • Published in Covid19

KUALA LUMPUR, 26 Oktober - 5,726 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus itu meningkat kepada 2,442,224 sejak wabak dikesan Januari tahun lalu.

Sebanyak 97 kes atau 1.7% adalah kategori tiga, empat dan lima, manakala, 5,629 kes atau 98.3% lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

Sebanyak 5,607 kes pulih dilaporkan menjadikan jumlah kes sembuh sepenuhnya daripada jangkitan COVID-19 di negara ini kini mencecah 2,340,390 atau 95.8% daripada keseluruhan kes yang dilaporkan setakat ini