Saturday, 4 December 2021

updated 5:48 AM UTC, Dec 4, 2021

KKM teliti keberkesanan dan keselamatan vaksin untuk kanak-kanak bawah 12 tahun

  • Published in Covid19

KUALA LUMPUR, 26 Oktober - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang meneliti keberkesanan dan keselamatan vaksin ke atas populasi golongan kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun.

Usaha tersebut giat dijalankan Jawatankuasa Pemilihan Calon Vaksin (JKPCV) berdasarkan bukti-bukti saintifik melalui kajian klinikal.

Jelas Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang, beberapa sesi perbincangan telah diadakan KKM dengan syarikat-syarikat pengeluar vaksin COVID-19 untuk mendapatkan status semasa dan data berkaitan.

Sehingga kini, hanya Pfizer-BioNTech mengeluarkan hasil dapatan kajian klinikal fasa tiga yang menunjukkan vaksin tersebut selamat untuk kanak-kanak berumur lima hingga 12 tahun.