Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Lengkapkan status vaksinasi penjawat awam atau berdepan tindakan tatatertib

  • Published in Covid19

PUTRAJAYA, 26 Oktober - Penjawat awam yang masih belum menerima suntikan vaksin COVID-19 diingatkan melengkapkan status vaksinasinya sebelum isnin depan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman berkata, ia adalah tanggungjawab penjawat awam untuk memberi komitmen sepenuhnya ke arah memulihkan semula krisis akibat COVID-19 demi memacu Keluarga Malaysia ke arah negara maju.

Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2021, pegawai yang gagal mematuhi arahan berkenaan boleh dikenakan tindakan tatatertib atau ditamatkan perkhidmatan.

Tan Sri Mohd Khairul Adib berkata demikian dalam persidangan psikologi perkhidmatan awam yang diadakan menerusi Facebook.

Beliau turut melancarkan Pelan Strategik Perkhidmatan Psikologi Sumber Manusia 2021-2025 yang menggariskan hala tuju strategik lima tahun.