Saturday, 4 December 2021

updated 5:48 AM UTC, Dec 4, 2021

Jangkitan baharu harian COVID-19 catat angka terendah dalam tempoh 125 hari

  • Published in Covid19

KUALA LUMPUR, 25 Oktober - 4,782 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, angka terendah sejak 125 hari, iaitu sejak 22 Jun lalu.

Angka terbaharu itu menjadikan sejumlah 2,436,498 kes jangkitan di negara ini sejak dikesan pada awal Januari tahun lalu.

Sebanyak 96 kes iaitu 2% merupakan pesakit kategori tiga, empat dan lima manakala, 4,686 kes atau 98% lagi terdiri daripada pesakit kategori satu dan dua.

Sementara itu, sebanyak 7,414 kes sembuh dilaporkan, menjadikan sejumlah 2,334,783 atau 95.8% kes sembuh.