Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

5,666 kes baharu COVID-19 hari ini

  • Published in Covid19

KUALA LUMPUR, 24 Oktober - 5,666 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini.

Jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 5,828 kes yang dicatat semalam.

Perkembangan itu menjadikan hingga kini sebanyak 2,431,716 individu sudah dijangkiti virus berkenaan sejak wabak itu dikesan di negara ini awal tahun lalu.

98.1% atau 5,559 daripada jumlah kes hari ini adalah pesakit COVID-19 dalam kategori satu dan dua iaitu tidak mempunyai jangkitan serta bergejala ringan.

107 kes bersamaan 1.9% lagi adalah pesakit kategori tiga hingga lima iaitu mempunyai jangkitan paru-paru, memerlukan alat bantuan pernafasan serta dalam keadaan kritikal.