Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

PRU DUN Melaka : Aktiviti perhimpunan atau majlis sosial dilarang

  • Published in Covid19

KUALA LUMPUR, 24 Oktober - Sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya tidak dibenarkan termasuk penganjuran majlis pelancaran jentera pilihan raya berkuatkuasa mulai esok hingga 27 November depan.

Larangan selari dengan senarai aktiviti tidak dibenarkan (senarai negatif) dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Empat terkini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam kenyataan menegaskan, ini bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19 dan peningkatan kes mendadak.

Jelas beliau, berikutan risiko penularan jangkitan COVID-19 masih tinggi terutama dengan penularan varian Delta dan peningkatan bilangan kes baharu, aktiviti berkenaan akan meningkatkan lagi risiko jangkitan.

Sebarang pelanggaran kepada peruntukan tersebut boleh menyebabkan individu, penganjur atau organisasi boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).