Saturday, 4 December 2021

updated 8:17 AM UTC, Dec 4, 2021

Bantuan tambahan RM3.3 juta tangani COVID-19 diterima daripada Amerika Syarikat melalui PBSM

  • Published in Covid19

KUALA LUMPUR, 21 Oktober - Amerika Syarikat mengumumkan bantuan tambahan RM3.3 juta kepada Malaysia bagi membantu menangani wabak COVID-19.

Bantuan yang disalurkan melalui Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia itu sebagai usaha memvaksinasi golongan rentan serta menyokong kemudahan kuarantin yang selamat demi memastikan pemulihan ekonomi dapat berjalan lancar.

Dalam satu kenyataan, Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia berkata, persetujuan itu dicapai hasil pertemuan antara Tunku Temenggong Kedah yang juga Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah dengan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Brian D McFeeters.

Dengan tambahan ini menjadikan keseluruhan bantuan yang diterima daripada Amerika sejak wabak bermula sebanyak RM8.3 juta.

Amerika menyuarakan komitmen mereka bekerjasama dengan Malaysia untuk mengakhiri wabak COVID-19, mengurangkan impak sosial dan ekonomi serta pembangunan dunia.