Saturday, 4 December 2021

updated 8:37 AM UTC, Dec 4, 2021

Tiada diskriminasi vaksin, Malaysia masih berunding dengan Arab Saudi

  • Published in Covid19

PUTRAJAYA, 20 Oktober - Malaysia masih berunding dengan kerajaan Arab Saudi mengenai jenis vaksin COVID-19 yang dibenarkan terhadap individu yang mahu ke negara itu bagi tujuan mengerjakan haji dan umrah.

Ini kerana Kerajaan Arab Saudi sebelum ini dilaporkan hanya menerima empat jenis vaksin COVID-19 iaitu keluaran Pfizer-BioNTech, AstraZeneca, Johnson & Johnson dan Moderna sahaja bagi individu yang mahu ke negara berkenaan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya tidak mahu sebarang masalah timbul kepada rakyat negara ini yang ingin menunaikan ibadah tersebut.

Khairy berucap pada Majlis Penyerahan Sumbangan Korporat Keluarga Malaysia di Putrajaya.

Pada majlis itu, KKM menerima sumbangan 81 unit katil elektronik bernilai RM2 juta daripada Lembaga Tabung Haji (TH) menerusi Program A’fiat TH 2021.

Ia bagi menambah keperluan katil unit rawatan rapi di beberapa hospital terpilih.