Saturday, 4 December 2021

updated 5:48 AM UTC, Dec 4, 2021

Kukuhkan perpaduan dan membudayakan nilai murni selaras sifat terpuji Nabi Muhammad

  • Published in Covid19

ALOR SETAR, 19 Oktober - Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah semua rakyat perlu sentiasa bekerjasama mematuhi Pelan Pemulihan Negara termasuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Strategi ini bagi peralihan keluar secara berfasa daripada kemelut COVID-19.

Titah baginda ia mampu mengukuhkan perpaduan dan membudayakan nilai-nilai murni selaras akhlak terpuji Nabi Muhammad S.A.W.

Malah setiap perkara yang diajarkan Rasulullah S.A.W kekal relevan pada setiap zaman dan keadaan.

Baginda bertitah secara dalam talian bersempena Sambutan Maulidur Rasul 1443 H peringkat Negeri Kedah di Alor Setar.