Saturday, 4 December 2021

updated 8:53 AM UTC, Dec 4, 2021

MOTAC tetapkan RM6,900 harga lantai umrah 12 hari 10 malam

  • Published in Covid19

KUALA LUMPUR, 17 Oktober - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menetapkan harga lantai RM6,900 kepada syarikat pengendali umrah berlesen untuk mengerjakan umrah bagi 12 hari 10 malam.

Menerusi kenyataan dimaklumkan, penetapan itu dibuat selaras dengan perkembangan semasa iaitu peningkatan kos mengerjakan umrah memandangkan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) di pihak Arab Saudi dan pihak kerajaan Malaysia.

Harga lantai akan disemak semula apabila wabak COVID-19 diisytiharkan berakhir dan keadaan kembali normal dengan kekangan SOP tidak lagi dilaksanakan oleh pihak kerajaan Malaysia dan Arab Saudi.

Sehubungan itu, MOTAC mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati sekiranya mendapati harga ditawarkan terlalu rendah atau terlalu tinggi daripada yang ditetapkan bagi mengelak kes penipuan pakej umrah.