Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

COVID-19: MOSTI sedia bantu jalankan kajian

  • Published in Covid19

KUALA TERENGGANU, 17 Oktober - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersedia membantu menjalankan kajian menggunakan teknologi terkini dalam proses penilaian dan pengawasan covid-19.

Ini termasuk membangunkan peranti berkaitan yang boleh diaplikasi bagi tujuan berkenaan.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim menjelaskan, peranti berkenaan menggunapakai kepintaran buatan seperti biomarker.

Setiap peranti yang dibangunkan akan mengukur dan membezakan ciri pesakit COVID-19 dan sebaliknya.

Bercakap di Kuala Terengganu, Terengganu, beliau menyatakan Institut Genom Negara (MGI) akan dinaiktaraf kepada pusat genom dan pembangunan vaksin negara.