Tuesday, 26 October 2021

updated 11:41 AM UTC, Oct 26, 2021

103 masjid di Perlis dibuka sepenuhnya dengan SOP Pengimarahan Masjid

  • Published in Covid19

ARAU, 13 Oktober - Kesemua 103 masjid di seluruh Perlis dibuka sepenuhnya dengan kelonggaran SOP Pengimarahan Masjid secara berperingkat bermula hari ini.

Pengimarahan melibatkan Solat Fardu lima Waktu, Solat Jumaat, Solat Jenazah, kuliah agama, ceramah dan akad nikah dengan syarat pematuhan SOP.

Titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, kebenaran diberi setelah meneliti perkembangan semasa peratusan rakyat Perlis lengkap vaksinasi sebanyak 93.3 peratus.

Jemaah yang lengkap suntikan vaksin sama ada dewasa, kanak-kanak atau warga emas dibenarkan hadir ke masjid.

Manakala penjarakan fizikal dikurangkan kepada satu meter ketika solat dan perlu sentiasa dipraktikkan.