Tuesday, 26 October 2021

updated 11:23 AM UTC, Oct 26, 2021

Isu rakyat Malaysia di Singapura: Perbincangan rentas sempadan perlu dipercepat

  • Published in Covid19

MUAR, 13 Oktober - Peningkatan kes COVID-19 di Singapura tidak sepatutnya menjadi penghalang buat Malaysia dan Republik itu mengadakan perbincangan berkenaan pembukaan sempadan negara.

Ia susulan keputusan Singapura untuk menunggu kes COVID-19 di negara tersebut reda sebelum mengadakan perbincangan.

Keputusan itu memberi kesan kepada rakyat Malaysia di Singapura yang masih tidak dapat pulang ke tanah air.