Monday, 18 October 2021

updated 4:33 AM UTC, Oct 18, 2021

45% orang asli telah divaksin, NGO pujuk orang asli dapatkan vaksin

  • Published in Covid19

MUALLIM, 24 September - 19,104 orang asli atau 45 peratus daripada keseluruhan penduduk di 279 kampung di Perak telah menerima suntikan vaksin COVID-19 setakat ini.

Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Mohd Akmal Kamarudin berkata, pelbagai kaedah dilaksana Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) termasuk kerjasama dengan sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan bagi memujuk golongan tersebut untuk mendapatkan vaksin.

Beliau ditemui ketika mengadakan lawatan ke kawasan Perintah kawasan Pergerakan Diperketat, Kampung Orang Asli Gangai, Muallim.

Sehingga kini, 103 daripada 295 penduduk telah divaksin di perkampungan ini.