Monday, 18 October 2021

updated 4:33 AM UTC, Oct 18, 2021

KPM sedia manual pengoperasian sekolah

  • Published in Covid19

KUALA LUMPUR, 23 September - Kementerian Pendidikan (KPM) menyediakan manual pengoperasian pembelajaran dan pengajaran (PdP) sebagai panduan kepada ibu bapa, guru, pelajar dan pentadbir sekolah menjelang sesi persekolahan secara bersemuka bulan depan.

Jelas Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin, manual terbabit adalah bagi memastikan PdP secara penggiliran dapat dilaksanakan dengan baik.

Jelasnya, kerajaan telah mengambil kira pandangan semua pihak terutama ibu bapa, guru dan pentadbir sekolah sebelum memutuskan untuk membuka sesi persekolahan secara bersemuka.

Pendekatan itu juga dilaksanakan mengambil kira situasi semasa terutama penularan varian Delta yang sangat berbahaya.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.