Monday, 18 October 2021

updated 4:33 AM UTC, Oct 18, 2021

COVID-19: Permohonan bantuan NADMA masih rendah

  • Published in Covid19

KUALA LUMPUR, 23 September - Individu yang terkesan akibat COVID-19 diminta tampil untuk memohon bantuan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Ini kerana, jumlah permohonan Bantuan Khas Hilang Pendapatan (BKHP) dan Bantuan Khas Pengurusan Kematian (BKPK) yang diterima masih rendah.

Dalam sidang media di Parlimen, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Agensi-agensi bawah Jabatan Perdana Menteri, Abdul Latif Abdul Rahman, memkalumkan hanya 18,222 individu memohon BKHP setakat ini.

Manakala BKPK pula, 4,274 pemohon sahaja.

Permohonan bantuan itu boleh di buat menerusi laman web NADMA.