Monday, 18 October 2021

updated 4:33 AM UTC, Oct 18, 2021

Terminal Feri Kuala Kedah kembali beroperasi, pengguna patuh SOP

  • Published in Covid19

KUALA KEDAH, 23 September - Terminal Feri Kuala Kedah yang mula beroperasi hari ini berjalan lancar dengan kesemua pengguna mematuhi SOP ditetapkan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintenden Mohd Redzuan Salleh berkata, ini termasuk pergerakan yang teratur selain membawa surat kebenaran rentas daerah dan negeri serta dokumen diperlukan.

Tinjauan yang dilakukan juga mendapati tiada pelancong yang diarah berpatah balik.

Superintenden Mohd Redzuan turut menyarankan supaya para pelancong datang lebih awal dan mengambil ujian RTK dalam tempoh 48 jam terlebih dahulu agar perjalanan memasuki terminal seterusnya ke Langkawi tidak terganggu.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas meninjau perjalanan 250 penumpang ke Langkawi di Terminal Feri Kuala Kedah.

Terminal Feri Kuala Kedah beroperasi semula selepas ditutup ekoran pelaksanaan PKPD pada awal bulan ini.