Monday, 18 October 2021

updated 4:33 AM UTC, Oct 18, 2021

64 penjawat awam enggan divaksin di Negeri Sembilan

  • Published in Covid19

SEREMBAN, 23 September - 64 individu daripada 7,224 penjawat awam di Negeri Sembilan menolak untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, jumlah berkenaan hanya mewakili peratusan kecil daripada keseluruhan penjawat awam yang berkhidmat di bawah kerajaan Negeri Sembilan.

Ketua jabatan telah diminta untuk memanggil dan memujuk penjawat awam yang menolak untuk divaksin supaya menerima suntikan.

Dalam perkembangan lain, program pemberian vaksin secara hadir terus kepada rakyat tempatan yang tinggal di Negeri Sembilan diteruskan hingga hujung bulan ini.

Menerusi kaedah tersebut, 19,000 dos vaksin disediakan di 10 pusat pemberian vaksin awam dan sebuah klinik kesihatan di setiap daerah.