Monday, 18 October 2021

updated 4:33 AM UTC, Oct 18, 2021

Pemulihan ekonomi perlu kestabilan politik, bagi mencapai matlamat pembangunan negara yang mampan dan inklusif

  • Published in Covid19

ANGKASAPURI, 23 September - Kestabilan politik penting bagi memastikan pemulihan ekonomi di negara ini terus dilaksanakan.

Justeru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sebarang perbezaan politik perlu diketepikan bagi mencapai matlamat pembangunan negara yang mampan dan inklusif.

Turut senada, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Beliau berpandangan semua ahli politik perlu bersatu memberi pandangan dan idea, ke arah pemulihan ekonomi pasca pandemik.