Thursday, 23 September 2021

updated 1:42 PM UTC, Sep 23, 2021

KPM beri tempoh 14 hari untuk sekolah buat persiapan peralihan fasa

  • Published in Covid19

PUTRAJAYA, 15 September - Tempoh sekurang-kurangnya dua minggu diberi Kementerian Pendidikan kepada sekolah di negeri yang beralih fasa bagi membuat persiapan pembukaan semula sekolah.

Ini bagi menjamin keadaan sekolah yang kondusif dan selesa dalam menerima kembali kehadiran pelajar dan murid.

Menurut Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin, sekolah terlibat akan menerima kenyataan dan pemakluman berhubung tarikh pembukaan semula dalam tempoh 14 hari.

Kementeriannya akan mengeluarkan kenyataan dan pemakluman berhubung tarikh pembukaan sekolah berkenaan.

Pengoperasian sekolah di kawasan Program Gelembung Pelancongan pula dibuka mengikut ketetapan dalam Fasa 4 PPN.

Ini kerana semua sektor di kawasan terbabit telah dibuka.

Keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.