Logo

Lagi kelonggaran baharu SOP, bakal diumum PM dalam masa terdekat

KUALA LUMPUR, 14 September - Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik bersetuju membenarkan beberapa kelonggaran baharu SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Kelonggaran itu melibatkan sektor ekonomi dan sosial yang dinilai berada pada tahap risiko rendah.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kelonggaran tambahan tersebut akan diumumkan Perdana Menteri dalam masa terdekat.

Datuk Seri Hishammuddin berkata demikian pada sidang media bersama Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abd Aziz, serta Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 siang tadi membincangkan empat agenda utama meliputi kelonggaran dalam beberapa sektor, kemaskini prosedur operasi standard, SOP dan pembukaan lebih banyak sektor pada masa hadapan.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.