Logo

21 kes jangkitan COVID-19 babit varian Delta dan Beta dikesan di Terengganu

MARANG, 14 September - 21 kes jangkitan COVID-19 membabitkan varian Delta dan Beta dikesan di Terengganu pada Julai sehingga hari ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak 12 kes membabitkan varian Delta manakala sembilan lagi varian Beta.

Menurut Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong, peningkatan kes varian Delta amat membimbangkan pihaknya kerana kebolehjangkitan yang lebih cepat.

Ini kerana varian berkenaan telah merebak dan dikesan di tujuh daerah di Terengganu.

Orang ramai diminta agar terus patuh prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Beliau ditemui selepas program mobilasi vaksinasi dari rumah ke rumah di Bukit Payong, Marang.

Sementara itu, lebih 90% penduduk dewasa di negeri ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan pertama vaksin COVID-19.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.