Friday, 22 October 2021

updated 10:28 AM UTC, Oct 22, 2021

KKM tidak kurang atau henti perkhidmatan terutamanya kes kecemasan dan separa kecemasan kepada pesakit bukan COVID-19

  • Published in Covid19

KUALA LUMPUR, 14 September - Meski negara dilanda pandemik COVID-19 dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) banyak memberi tumpuan kepada memulihkan pandemik itu namun, KKM tidak menghentikan atau mengurangkan perkhidmatan kepada pesakit bukan COVID-19 terutamanya bagi kes kecemasan dan separa kecemasan.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, pelan khusus sudah disediakan bagi memastikan pesakit bukan COVID-19 mendapat rawatan sewajarnya.

Antara yang dilaksana termasuk pemanjangan waktu operasi klinik pakar atau dewan bedah selepas waktu pejabat termasuk pada Sabtu bagi hospital tertentu.

Juga mengoptimumkan penggunaan hospital bukan pakar dan hospital Angkatan Tentera Malaysia bagi melaksana pembedahan tertentu melalui konsep hospital kluster.

KKM juga akan memperluas perkhidmatan kesihatan secara maya di beberapa hospital dan klinik.

Juga meneliti kebolehlaksanaan penyediaan hospital khas bukan COVID-19 untuk melaksana prosedur atau pembedahan elektif yang tertangguh setelah kadar vaksinasi lengkap negara melebih 60% dan kes COVID-19 serius berkurang bulan ini.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Sungai Siput, S. Kesavan di Dewan Rakyat.