Friday, 22 October 2021

updated 10:28 AM UTC, Oct 22, 2021

PERKESO bayar RM11 juta kepada pencarum dan waris yang meninggal dunia disebabkan COVID-19

  • Published in Covid19

BUKIT BERUNTUNG, 24 Ogos - Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah membayar faedah RM11 juta kepada pencarum dan waris yang meninggal dunia disebabkan COVID-19.

Pembayaran berkenaan melibatkan lebih 11,000 pencarum.

Menurut Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Datuk Aziz Mohammed, dengan adanya pelbagai skim bantuan dan Skuad PERKESO Prihatin, pihaknya akan mengambil tindakan segera dengan menyemak rekod pencarum.

Antara skim yang layak diterima mereka seperti pencen bulanan iatu Faedah Pencen Penakat di bawah Skim Keilatan dan Faedah Orang Tanggungan (FOT) di bawah Skim Bencana Pekerjaan.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan bantuan Kotak Prihatin dan juga bayaran Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS) kepada lapan beradik yang menjadi yatim piatu setelah kehilangan kedua ibu bapa mereka akibat COVID-19 di Bukit Beruntung, Selangor.