Logo

SOP di PPV mega diperketat, elak jadi tempat penularan

KUALA LUMPUR, 1 Ogos - SOP di pusat pemberian vaksin (PPV) terutamanya yang berskala mega akan diperketat dan ditingkatkan.

Ini bagi mengurangkan risiko lokasi itu menjadi tempat penularan jangkitan COVID-19.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin memaklumkan, selain aspek penjarakan masa dan fizikal, pihaknya juga berusaha mempercepat proses vaksinasi individu di dalam PPV, antaranya menerusi ciri baharu aplikasi MySejahtera iaitu borang persetujuan digital.

Menerusi pengenalan ciri baharu itu, beliau berkata penerima vaksin tidak perlu lagi mengisi borang secara manual, sekali gus membantu melancarkan proses vaksinasi, menjimatkan masa serta mengurangkan risiko penularan COVID-19.

Pihaknya juga mengadakan kerjasama dengan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) bagi melaksanakan kajian sistem pengudaraan di beberapa PPV mega dalam memastikan kualiti pengudaraan berada dalam keadaan baik.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.