Friday, 24 September 2021

updated 12:45 PM UTC, Sep 24, 2021

Hamzah bidas protes jalanan langgar SOP, tindakan tegas bakal diambil

  • Published in Covid19

LARUT, 31 Julai - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin membidas pihak yang sanggup berhimpun beramai-ramai dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika negara sedang berdepan penularan varian Delta pandemik COVID-19 ketika ini.

Tindakan itu tidak seharusnya berlaku apabila tidak mematuhi Op Patuh dan menggagalkan usaha kerajaan melandaikan keluk COVID-19 dengan berkumpul di tempat awam.

Masyarakat yang prihatin seharusnya memahami akan keperluan SOP yang ditetapkan kerajaan dan tidak melakukan sesuatu tindakan yang boleh menyebabkan pelanggaran.

Tambah beliau, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang didapati melanggar SOP semasa perhimpunan terbabit.