Ringgit Dibuka Lebih Rendah Berbanding USD Hari Ini

Kuala Lumpur - Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar amerika hari ini susulan kebimbangan peniaga terhadap kejatuhan harga minyak mentah.

Pada jam 9 pagi tadi, ringgit diniagakan pada 4.392 berbanding dolar Amerika

Berbanding dolar Singapura, ringgit disebut pada 3.05 dan berada pada 3.738 berbanding Yen.

Ringgit diniagakan pada 6.327 berbanding Pound sterling dan disebut pada 4.781 berbanding Euro.