Filem 'The Danish Girl' Dilarang Tayang Di Qatar

Qatar - Filem The Danish Girl tidak dibenarkan ditayangkan di pawagam negara berikutan kandungan cerita filem berkenaan mengandungi isu sensitif yang boleh mencentus kemarahan masyarakat. 

 

Larangan itu dibuat oleh Menteri Kebudayaan Qatar Hamad bin Abdulaziz Al Kuwari menerusi akaun Twitter rasminya.

 

"Kami ingin memaklumkan bahawa kami telah menghubungi pentadbiran yang berkaitan, dan tayangan filem The Danish Girl kini dilarang di pawagam," ujar Kuwari dalam akuan itu.

 

Filem arahan Tom Hooper itu berkisah tentang lelaki yang menjalani pembedahan menukar jantina pertaman di dunia dan menjadi transgender bernama Lili Elbe lakonkan Eddie Redmayne.

 

Sebelumnya, The Danish Girl sempat tayang di beberapa pawagam di Doha.Namun ia mendapat kritikan pedas dari netizen di Qatar.