Kes Adam Adli: Mahkamah Tetap 29 Mac Dengar Bantahan Pendakwaan

Kuala Lumpur - Mahkamah Majistret Kuala Lumpur turut menetapkan 29 Mac, untuk mendengar bantahan pihak pendakwaan terhadap permohonan aktivis Adam Adli Abd Halim dan Mohd Fariz Abd Talib untuk merujuk isu perlembagaan berkaitan protes jalanan ke Mahkamah Tinggi.

Penetapan dibuat Majistret Mohd Rehan Mohd Aris.

Mahkamah menetapkan 3 Februari ini untuk pembelaan menfailkan balasan terhadap bantahan itu.

Adam Adli, 26, dan Mohd Fariz, 45 tahun mengemukakan permohonan untuk mencabar beberapa isu antaranya sama ada protes jalanan itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan atau sebaliknya.

Pada 8 september tahun lau, kedua-duanya mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyertai protes jalanan bermula di hadapan Kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan berakhir di Esplanade KLCC antara 4 petang dan 7.30 malam, 28 Februari tahun lepas.

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012.