Foto - Bernama

KUANTAN - Persidangan khas akan diadakan pada minggu kedua Ogos ini bagi memperhalusi isu berhubung cadangan pelaksanaan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata beberapa agensi dan jabatan kerajaan berkaitan akan menyertai persidangan khas itu bagi mengkaji dengan teliti aspek teknikal yang menjadi menghalang pelaksanaan cadangan itu sebelum ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersempena program Lawatan Turun Padang Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah Kalsom, di sini, hari ini yang juga lawatan kali pertama Dr Wan Azizah ke Pahang selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Peruntukan di bawah Seksyen 51 Akta KWSP menyatakan tiada amaun yang boleh diserahkan, dipindahkan, kena ditahan, disekuesterkan, dilevikan ke atasnya, bagi, atau berkenaan dengan, apa-apa hutang atau tuntutan apa jua pun.

Malah Pegawai Pemegang Harta tidaklah berhak kepada atau mempunyai apa-apa tuntutan ke atas apa-apa jumlah wang atau amaun.

((BERNAMA))

 

Foto - Bernama

PUTRAJAYA - Pemberian Elaun Sara Hidup (ESH) nelayan tidak akan dihentikan, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub menerusi satu kenyataan.

Merujuk laporan yang memetik Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai berkata bantuan bulanan RM200 hingga RM300 kepada para nelayan akan dihentikan, Salahuddin menjelaskan ia merujuk kepada  insentif tunai sekali gus yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional kepada nelayan sebelum ini.

Menurutnya perkara itu disahkan oleh Tun Dr Mahathir dalam  perbincangan antara  Kementerian Pertanian dan Industri Asas serta Pejabat Perdana Menteri berikutan kenyataan dalam laporan berkenaan.

Menurut Salahuddin lagi  Perdana Menteri juga merujuk  pemberian  tersebut telah dibuat  menggunakan wang daripada sumber yang meragukan.

ESH nelayan dilaksanakan sejak Jun 2008 untuk meringankan  beban kos sara hidup nelayan.

Laporan sebelum ini menyebut kadar bantuan tersebut ialah antara RM250 dan RM300 mengikut kategori zon nelayan dan lebih 10,000 nelayan di seluruh negara melibatkan 5,000 nelayan laut dalam dan 5,400 nelayan darat yang menangkap ikan di sungai dan empangan. 

((BERNAMA))

Foto: BERNAMA

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan harga RON 95 serta diesel kekal, masing-masing pada RM 2.20 seliter dan RM 2.18 seliter, sehingga akhir tahun ini. 

Kerajaan telah memperuntukkan RM3 bilion subsidi untuk RON95 dan diesel, bagi memastikan harga bahan api ini diapungkan di pasaran.

((BERNAMA))

 

 

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata kementerian sedang berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan syarikat kiriman cepat terkemuka negara, Pos Laju.

Dalam jawapannya menerusi laman Twitter kepada pengguna akaun @Qutbudeen´, beliau berkata kementerian kini dalam perbincangan untuk menambah baik perkhidmatan Pos Laju.

Dalam satu lagi jawapannya kepada soalan ´@murtaza_mustafa´, Gobind berkata kementerian sedang mengkaji untuk menaikkan kadar gaji posmen seperti dicadangkan oleh pengguna akaun itu.

Baru-baru ini, Pos Laju dikritik hebat netizen yang menyifatkan perkhidmatan disediakan syarikat kurier itu sangat teruk sejak kebelakangan ini.

@Jimbotiram berkata beliau berang´ dengan Pos Laju ekoran kegagalan mereka mengirim barang pada waktu yang dijanjikan, mendakwa berlaku kelewatan antara lima hingga 10 hari.

((BERNAMA))
Foto: Google

SEPANG - Penerbangan pertama Malaysia untuk musim haji 1439H/2018 dijadualkan pada 14 Julai ini.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Seri Johan Abdullah berkata, penerbangan terakhir pula dijangka pada 14 Ogos.

Sebanyak 30,200 jemaah haji Malaysia dijangka berlepas ke Tanah Suci secara berperingkat menerusi 81 penerbangan sewa khas dari Lapangan Terbang Antarabangsa K-L(KLIA).

Buat julung kalinya, operasi haji bermula di Kompleks Tabung Haji Sepang berbanding sebelum ini dilakukan Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Taklimat Operasi Haji Musim 1439H/2018M di Kompleks Tabung Haji Sepang.

((BERNAMA))

Foto: RTM

PUTRAJAYA - Pelan Hala Tuju Kesejahteraan Kanak-Kanak bagi menangani masalah sosial, kesihatan, pendidikan dan kemiskinan secara holistik; akan diwujudkan dalam tempoh sebulan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, 5 kementerian akan bekerjasama memainkan peranan menjayakan pelan tersebut.

Iaitu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Kementerian Pendidikan; Kementerian Kesihatan; Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Beliau menyatakan demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat antara kementerian terlibat, di Putrajaya.

((RTM/RADIO-HANOM))

 


PUTRAJAYA -  Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima kunjungan hormat daripada Menteri Besar Selangor yang baharu Amirudin Shari di pejabatnya di Perdana Putra, di sini.

Amirudin yang memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Besar Selangor hari ini, tiba kira-kira pukul 2.30 petang sebelum mengadakan pertemuan selama 40 minit dengan Dr Mahathir bagi mendapatkan nasihat berhubung pentadbiran negeri.

Bercakap kepada pemberita selepas perjumpaan itu, Amirudin berkata Dr Mahathir mengucapkan tahniah kepadanya serta memberi nasihat berhubung pengurusan dan pentadbiran negeri Selangor.

Tun Dr Mahathir turut memberi pandangan mengenai fungsi kerajaan negeri untuk membantu perkembangan dan pembangunan negara semua kaum khususnya Bumiputera di negara ini

Katanya beberapa aspek pengurusan seperti memastikan rakyat diperkasakan dan dibantu ; bukannya dimanjakan dengan subsidi.

Amirudin menyifatkan nasihat dan pesanan daripada perdana menteri itu sangat berguna dan penting kepadanya selaku pentadbir baharu kerajaan negeri Selangor.

((BERNAMA))